Saturday, July 7, 2012

AKU MENYAYANGIMU


TANGAN lembut putih kemerahan mencapai telefon bimbit lalu mendail nombor yang sudah lama terpahat di minda. Tiada sahutan dari penerima seperti mana yang diharapkan. Gelisah di hati hanya Allah yang tahu. Aku mesti beritahu dia, mesti tanya dia. Sekali lagi nombor itu cuba dihubungi, panggilan itu dijawab setelah lama menanti.

               Suara seorang wanita yang mengarahkannya supaya menanti bertukar kepada suara garau milik insan yang amat dikenali. "Sayang, Sorry, I’m busy right now. I’ll call you later. Promise." Panggilan yang

AIR MATA DI MALAM PERTAMA



             Hatiku bercampur baur antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan. Terlalu sukar untuk kugambarkan perasaan hatiku tatkala ini. Sanak saudara duduk mengelilingiku sambil memerhatikan gerak geri seorang lelaki yang berhadapan dengan bapaku serta tuan imam.

             Hari ini adalah hari yang cukup bermakna bagi diriku. Aku akan diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang tidak pernak kukenali pilihan keluarga. Aku pasrah. Semoga dengan pilihan keluarga ini beserta dengan rahmat Tuhan. Bakal suamiku itu kelihatan tenang mengadap  bapaku, bakal bapa mentuanya.

Lyana's Studio First Giveaway




Saper nak join tekan sini -----> Lyana
Hadiah menarik menanti anda..Tunggu apa lagi?
Jom sama-sama kita meriahkan..
GiveAway yag dibuat tidak lama,tak sampai sepuluh hari..Ayuh sama-sama kita meriahkan..


Member yang aku tag  Cik Yam
                                   Sarah Yasmin

CINTA BUAT HADI BERUBAH



Setiap daripada kita memerlukan cinta. Ada cinta yang membahagiakan dan tidak kurang juga yang  membawa derita. Namun sejauh mana kita mencintai seseorangitu dan kemudiannya kita dikecewakan, kita harus berbalik pada Maha Pencipta. Tidak perlulah kita mengorbankan masa depan hanya dengan alasan dikecewakan dalam percintaan. Ikutilah kisah jejaka yang hanya mahu dikenali sebagai Hadi.

                “Saya tahu apa yang saya buat ini salah tapi ini sahaja jalan yang saya nampak apabila kekecewaan tidak lagi dapat dibendung,” katanya.

MIN SELESA DENGAN IMEJ BARU



Sedangkan pantai lagikan berubah,inikan pula kita manusia biasa. Namun andai perubahan itu ke arah yang positif pastinya di sambut baik. Tetapi apa yang menyedihkan apabila ada yang berubah kearah yang tidak sepatutnya. Min gadis yang berusia 19 tahun ini adalah antara yang dimaksudkan. Penampilannya satu masa dulu sangat ayu. Bertudung manis dan sentiasa menjaga auratnya dari menjadi bahan tontonan kaum bukan muhrimnya. Namun tahun baru Min berubah dan memilih untuk tidak bertudung serta berpenampilan seksi. Mengapa dan apa yang buat Min berubah. Ikuti pengakuan Min ini. Semoga kisah ini boleh dijadikan teladan dan tidak menjadi ikutan.

Thursday, July 5, 2012

ERTI CINTA SEBENAR


Hahaha jangan la ingat aku jiwang karat plak…ada orang sent msj kat aku  nih.so renung-renunglah k. ‘Cinta amat mahal harganya,itulah yang difitrahklan oleh Allah kepada hambanya.Cinta hanya tertulis pada perkataan, tetapi gagal di lihat pada zahir kerana cinta itu adalah tanggunjawab dimana wujudnya kesetian dan kejujuran yang bersatu didalamnya.Ingat pada yang satu,jujur pada yang setia setia pada yang kasih, kasih pada yang rindu, rindulah pada yang menyayangimu.Cinta tak kan hadir kalau tak dicari.Cinta juga tak aka nada kalau tak siapa yang memberi, tapi mencari biarlah pada yang sudi.Bukan meminta pada yang simpati..itulah erti sebenar cinta yang suci.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan manjadi rahmat. 

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.Jangan sesekali mengatakan kamu tidak menyintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain,dan kamu masih  mampu tersenyum sambil berkata: AKU BAHAGIA UNTUK KAMU..
Tuhan memberi kita 2 kaki untuk berjalan, 2 tangan untuk memegang, 2 telingan untuk mendengar, dan 2 mata untuk melihat.Tapi mengapa tuhan hanya menganugerahkan  sekeping hati kepada kita??Kerana tuhan memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.Itulah namanya cinta.


Jangan melarikan diri dari cinta apabila ia berada di hadapan kamu.Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.Hadapilah cinta itu dengan hati yang tulus.Hanya ketulusan mampu memberikan cinta sejati  dan yang abadi.
Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkan lah seperti menyunting sekuntum mawar merah.Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jarimu.
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan  kekuatan.Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri,tetapi menghembuskan kegagahan.Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan  semangat.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu  terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya.Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan di benakmu itu sekarang selagi hayatnya ada.
Perasaan cinta itu dimulai dari mata ,sedangkan rasa suka itu dimulai dari telinga.Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga.Tapi apabila kamu menutup matamu dari orang  yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal di hatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
Cinta datang kepada

Wednesday, July 4, 2012

LUAHAN BICARA ROMANTIS UNTUK SI DIA


Wah, mesti korang semua tertanya-tanya ayat ape la kalau nak cakap dengan buah hati masing-masing untuk membangkitkan lagi rasa sayang di hati tue kan. Bagi aku la kan, aku akan ungkapkan kata-kata yang akan membuatkan si dia akan tersenyum sendirian. Ops jangan la salah sangka, aku hanya akan ungkapkan kata-kata yang ikhlas dari hati dan bukan hanya rekaan semata-mata atau pun janji yang palsu. Hehehe, jiwang pulak. Jom, kita tengok ayat ape yang boleh kita ungkapkan buat kekasih hati masing-masing.



1.Saya sayang awak selamanya.
Hehehe, korang jangan la segan silu nak ucap kan ayat nih. Kalau nak tahu bila aku ucap je ayat nih untuk si dia mesti dia senyum sorang-sorang. Ungkapan nih jelas menunjukkan bahawa perhubungan itu akan terus segar dengan kata-kata yang romantis.

2.Hanya awak bertakhta di hati ini.
Aduh, lemah semangat! Bila terdengar je ungkapan ini pasti sudah jelas menunjukkan bahawa korang benar-benar serius dengan si dia. Bagi korang si dia lah permata di hati. So, korang jangan segan silu untuk mengungkapkan ‘hanya awak bertakhta di hati ini’.

3.Sukanya bila awak manja.
Eh, walaupun ayat nih macam kebudak-budakkan tetapi sebenarnya tidak. Aku selalu ungkapkan kata-kata ini kepada si dia. Si dia pasti akan lebih menyanyangi kamu selepas ini sebab kamu perasan akan perubahan perilaku nya yang inginkan perhatian kamu tue.

4.Saat awak kesedihan, saya juga turut bersedih.
Andai kata korang melihat pasangan korang tengah bersedih. Jangan la korang menambah lagi kesedihan yang dihadapi oleh pasangaan korang tue. Why not, untuk melegakan hati si dia yang tercinta tue luahkan la apa saja yang terbuku di hati kamu tue. Mungkin cara ini dapat mengurangkan rasa sedih di hati si dia. Alah, ape salah korang hiburkan hati si dia.

5.Saya perlukan cinta awak, baru hidup saya bermakna.
Wah, berani ke korang nak ucapkan ayat nih. Yup, pasti la. Korang mesti berani ucapkan ayat ini untuk si dia. Mungkin ayat ini agak keterlaluan, tetapi di sebalik ayat ini sebenarnya menyimpan seribu satu maksud yang mendalam. Hanya korang berdua je paham apa maksud di sebalik kata-kata ini. Yakin kan si dia yang korang benar-benar ikhlas menyintainya. Cayalah mesti si dia akan cair punya.