Sunday, July 15, 2012

BILA CINTA BERLAGU DIHATI (Chap 4)

Adibah merenung lama kad nama ditangan kanannya. Kat mana ye? Puas matanya melilau mencari namun lansung tidak kelihatan. Huh! Dia mula mendengus geram. Kalau tak kerana janjinya dengan mak pagi tadi, mati hidup balik pun dia tak akan pergi. Macam perigi mencari timba. Patutnya lelaki itulah yang mencarinya!

"Adi pergilah office dia, dah lama dia tunggu nak jumpa Adi."
"Mak……. Dia yang datang merisik Adi kan? Sepatutnya dialah datang jumpa Adi kalau nak sangat kenal dengan Adi!" Biar betul emak ni. Tidak pernah-pernah dia bua kerja gila mcam ni, terhegeh-hegeh berjumpa lelaki!


Perbualan dengan emak pagi tadi, kembali berlegar-legar dibenaknya. Kenapalah aku boleh bersetuju dengan cadangan emak? Nafasnya dilepaskan keras. Letih berpusing-pusing sejak tadi. Sampaikan pak guard yang menjaga bangunan itu pun sudah naik hairan. Pelik agaknya melihat gadis cantik yang terkial-kial sejak tadi. Gadis cantik? Adoi! Masuk bakul, angkat sendiri!

"Anak ni nak cari apa?" Akhirnya pakcik tua yang memakai topi hitam yang agak kusam itu bertanya. Adibah tersengeh seperti kerang busuk. Malu sendiri bila menyedari tingkahnya mendapat perhatian.

"Nak cari syarikat ni! Pakcik tahu?" Sekeping kad nama dihulurkan. Berkerut-kerut wajah pakcik tua itu. Matanya sekejap dibesarkan, sekejap dikecilkan. Mungkin dia mengalami masalah penglihatan kot? Hendak membaca ayat yang tertera itu pun terpaksa mengambil masa yang agak lama.

"Oooooo…… syarikat ni! Boss dia nama Encik Hazmi tu kan?" Kepalanya diangguk beberapa kali. "Kat tingkat 3. Lepas keluar dari lif tu, anak pergi sebelah kanan. Mesti jumpa!" Pakcik itu bersuara penuh yakin. Adibah tersenyum gembira. Syukur!

HAZMI CONSULTANT

Nama tersebut dibacanya berulang kali. Matanya bersilih ganti merenung kad nama di tangannya dan papan tanda terletak di pintu masuk pejabat tersebut. Betul lah ni!

"Good afternoon. May I help you?" Lembut suara penyambut tetamu menyapanya. "I'm looking for Mr. Hazmi. Can I see him?" Hehehe….. Terbelit juga lidah nak speaking orang putih ni!

"You got any appointment with him?" Adibah terdiam seketika. Mana ada! Tapi memang dia yang nak jumpa aku. "No!" Gadis bermata perang itu merenungnya lama-lama.

"Can you ……."
"Tapi dia yang suruh saya datang sini!" Adibah memotong keras bicara gadis itu. Dah! cukuplah berbahasa orang putih sebentar tadi! Huh! Menyusahkan betul!

"Adi!" Kedua-dua mereka serentak menoleh. Seorang lelaki tersenyum lembut memandangnya. Gulp! Adibah menelan air liurnya berkali-kali. Subhanaallah! Kacaknya!

"Biarkan dia masuk Tina! Saya yang suruh dia datang ke mari" Suaranya! Merdu betul! Gadis tadi merenungnya lagi sebelum menganggukkan kepalanya kepada Adibah.

"Minta maaf ye Adi! Tina memang tak tahu pasal ni" Dia tersenyum lagi. Aduhai! Janganlah asyik tersenyum nanti aku ni jadi macam heroin filem Hindustan. Asyik berangan menyanyi dan menari!

Adibah sekadar mendiamkan diri. Macam ada bongkah batu yang tersangkut dikerongkongnya. Berat! Sakit untuk berkata-kata. Duduknya juga dirasakan tidak selesa. Berkali-kali dia bangun membetulkan baju kurungnya yang dirasakan asyik tersangkut!

"Dari tadi Adi asyik diam je. Macam bercakap dengan dinding pulak saya ni!" Dia ketawa pula. Tolonglah mak! Ketawanya bagaikan mendengar Mawi menyanyi. Aduh Saleha!

Adibah tersipu malu. Rasa hendak tergelak pun ada dengan dirinya sendiri yang tiba-tiba bertukar menjadi pemalu. Ini Adibah lah! Macam mana aku boleh bertukar sikap ni?

Hazmi mengeleng-ngelengkan kepalanya sambil tersenyum. "Pendiam rupanya Adi ni ye? Emak dan adik Adi cakap, Adi ni banyak mulut. Hairan juga saya kenapa saya langsung tak dengar sepatah pun perkataan dari mulut Adi" Adibah tersengeh. Mempamerkan giginya yang putih tersusun.

"Nah! Ini untuk Adi. Harap Adi suka" Wajah Adibah serta merta berkerut. Memang comel anak patung yang berbulu lebat itu. Warna kuning itu pun memang warna kegemarannya tapi yang menjadi geramnya kenapa anak patung itu berbentuk anak itik! Siapalah yang punya angkara ni? Mesti Afnan!

"Kenapa tak ambil? Adi tak suka ke? Tak comel?" Adibah mengeleng-ngelengkan kepalanya. Dia ingin berkata sesuatu tetapi, ah! Kenapa payah sangat aku nak bercakap ni.

"Comel!" Amboi! Payahnya! Sepatah sahaja perkataan yang dapat dia keluarkan. Hazmi tersenyum. Senyuman yang membuatkannya khayal sendiri. Hey! Wake up Adibah! Dia cepat-cepat membetulkan duduknya.

"Sedap suara Adi! Patut susah nak keluar!" Adibah tersenyum-senyum. "Adi tak kenal saya?" Soalnya lembut. Siapa? Adibah berkira-kira di dalam hati. Macam kenal macam tidak.

"Saya kan senior Adi masa sekolah dulu! Tak ingat?" Ya Allah! Baru dia perasan. Hazmi Hilal! Ketua pengawas semasa dia di tingkatan 4. Pelajar paling popular dan merangkap musuh ketat Lutfi. Sebabnya, kerana Hazmi lah Si Lutfi asyik berumah di bilik pengetua.
"Hazmi Hilal kan?" Hazmi tersenyum lembut. Kening hitamnya yang lebat itu bergerak-gerak tatkala bibirnya melebar dengan senyuman.

"Maaflah! Adi dah lupa!"
"Orang macam saya memang selalu dilupa" Alamak! Merajuk ke dia? Memang aku tak ingat langsung. Dulu memang handsome tetapi sekarang lagi terlalu handsome. Mungkin sebab itu aku tak perasan kot?

"Eh! Eh! Janganlah salah sangka dengan Adi. Memang Adi betul-betul lupa. Adi tak sangka abang…." Opss! Terpanggil 'abang' pulak. Adibah menekup mulutnya.

Pecah ketawa di bibir Hazmi melihat gelagat Adibah. Comel pula melihat wajahnya yang mula merona merah. "Tak apa! Apa salahnya panggil abang. Abang pun memang lebih tua dari Adi!" Kali ini, Hazmi pun membasakan dirinya 'abang'.

Nafas Adibah bagaikan tersangkut mendengar bicara Hazmi. Bestnya!

"Errrrrrr………. Abang ke yang merisik Adi?" Nampaknya keramahan mulutnya sudah mula terserlah. Sikap gadis pemalunya tadi tiba-tiba 'hilang' pula!

"Macam mana? Sudi tak?" Adibah terdiam. Memang dia suka tapi entah perasaan suka itu macam mana.

"Abang tak memaksa Adi. Fikir dengan baik. Adibah adalah pilihan ibu abang. Dah lama katanya hendak berbesan dengan keluarga Adibah" Adibah terkedu. Pilihan ibu? Jadi bukanlah lelaki ini benar-benar sukakannya. Aduh Adibah! Kesiannya engkau!

Dia melangkah longlai ke perhentian bas. Sedih dan sakit hati bercampur baur menjadi satu. Langkahnya tiba-tiba terhenti. Baru teringat janjinya dengan Lutfi petang ini. Tentu lelaki itu berjanggut menunggunya. Biarkanlah! Mood nya sudah hilang. Istana indah yang dibayangkan dengan Hazmi sebentar tadi sudah runtuh dengan tragisnya!

Kenapalah macam ni?

Sebuah kereta tiba-tiba berhenti di depannya. "Adi nak balik? Biar abang hantarkan!" Adibah terdiam. Termanggu di situ.

"Tak apalah. Adi balik sendiri" Huh! Baru je tadi kau runtuhkan istana harapan aku, sekarang datang balik? Tak ingin! Buat-buat jual mahal.

"Naiklah! Abang pun tak ke mana hari ni. Tak kisah kalau hantar Adi balik" Hazmi masih memujuk. Wajah bujur sirih itu di renung tanpa berkelip.

"Tak apalah! Sebenarnya Adi ada janji dengan kawan"
"Kawan? Boyfriend ke?" Senyuman lelaki itu membuatkan dia tidak tentu arah. Anak matanya dilarikan ke arah lain. Memandang kesesakan jalan yang bertali arus dengan kenderaan.

"Kalau nak jumpa boyfriend sekalipun, abang masih boleh tolong hantarkan Adi. Tak salahkan?" Hish! Dah macam memaksa aku ni!

"Adi!" Adibah mencari-cari empunya suara. Alamak! Lutfi!

Hazmi tersenyum memandang Lutfi yang berjalan menghampiri mereka berdua. "Apa khabar Lut? Lama tak jumpa!" Wajah Lutfi serta merta berubah. Apa yang dia buayt dengan Adibah? Tak habis-habis hendak berseteru dengan aku ke?

"Adi! Jomlah! Dah janji kan?" Ujarnya tanpa menjawab pertanyaan Hazmi.

"Tak naklah! Lain kalilah! Adi nak balik ni. Badan rasa nak demam!" Adibah cepat-cepat berlalu namun terhenti bila Lutfi dengan pantas menghadang jalannya.

"Come on Adi! Adi dah janji kan? Berdosa tau!" Berdosa? Dia tu tak berdosa ke asyik menganggu aku! Tunang dah ada tapi masih nak menggatal!

Hazmi yang masih di dalam kereta sekadar memandang. Sesekali senyumannya terukir melihat gelagat pasangan tersebut.

"Adi!" Lutfi masih mengharap.

"Tak nak!" Tungkas Adibah keras. Dia segera berlari ke arah Hazmi. Cepat-cepat membuka pintu kereta. Duduk diam di sebelah Hazmi. Wajah Hazmi berkerut. Terkejut dengan perlakuan Adibah.

"Abang nak hantar Adi balik kan? Hantarlah! Adi nak balik!" Hazmi masih termanggu. Wajah Adibah dan Lutfi di pandang silih berganti.

"Cepatlah!" Adibah mula mengarah.

Lutfi melepaskan nafasnya. Terkilan dengan sikap Adibah. "Sampai hati Adi!" Desisnya perlahan. Senja yang keruh bagaikan sama dengan hatinya. Malap! Suram! Adibah!

No comments:

Post a Comment