Wednesday, July 4, 2012
LUAHAN BICARA ROMANTIS UNTUK SI DIA
Wah, mesti korang semua tertanya-tanya ayat ape la kalau nak cakap dengan buah hati masing-masing untuk membangkitkan lagi rasa sayang di hati tue kan. Bagi aku la kan, aku akan ungkapkan kata-kata yang akan membuatkan si dia akan tersenyum sendirian. Ops jangan la salah sangka, aku hanya akan ungkapkan kata-kata yang ikhlas dari hati dan bukan hanya rekaan semata-mata atau pun janji yang palsu. Hehehe, jiwang pulak. Jom, kita tengok ayat ape yang boleh kita ungkapkan buat kekasih hati masing-masing.
1.Saya sayang awak selamanya.
Hehehe, korang jangan la segan silu nak ucap kan ayat nih. Kalau nak tahu bila aku ucap je ayat nih untuk si dia mesti dia senyum sorang-sorang. Ungkapan nih jelas menunjukkan bahawa perhubungan itu akan terus segar dengan kata-kata yang romantis.
2.Hanya awak bertakhta di hati ini.
Aduh, lemah semangat! Bila terdengar je ungkapan ini pasti sudah jelas menunjukkan bahawa korang benar-benar serius dengan si dia. Bagi korang si dia lah permata di hati. So, korang jangan segan silu untuk mengungkapkan ‘hanya awak bertakhta di hati ini’.
3.Sukanya bila awak manja.
Eh, walaupun ayat nih macam kebudak-budakkan tetapi sebenarnya tidak. Aku selalu ungkapkan kata-kata ini kepada si dia. Si dia pasti akan lebih menyanyangi kamu selepas ini sebab kamu perasan akan perubahan perilaku nya yang inginkan perhatian kamu tue.
4.Saat awak kesedihan, saya juga turut bersedih.
Andai kata korang melihat pasangan korang tengah bersedih. Jangan la korang menambah lagi kesedihan yang dihadapi oleh pasangaan korang tue. Why not, untuk melegakan hati si dia yang tercinta tue luahkan la apa saja yang terbuku di hati kamu tue. Mungkin cara ini dapat mengurangkan rasa sedih di hati si dia. Alah, ape salah korang hiburkan hati si dia.
5.Saya perlukan cinta awak, baru hidup saya bermakna.
Wah, berani ke korang nak ucapkan ayat nih. Yup, pasti la. Korang mesti berani ucapkan ayat ini untuk si dia. Mungkin ayat ini agak keterlaluan, tetapi di sebalik ayat ini sebenarnya menyimpan seribu satu maksud yang mendalam. Hanya korang berdua je paham apa maksud di sebalik kata-kata ini. Yakin kan si dia yang korang benar-benar ikhlas menyintainya. Cayalah mesti si dia akan cair punya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment