Sedangkan pantai lagikan berubah,inikan pula kita manusia biasa. Namun andai perubahan itu ke arah yang positif pastinya di sambut baik. Tetapi apa yang menyedihkan apabila ada yang berubah kearah yang tidak sepatutnya. Min gadis yang berusia 19 tahun ini adalah antara yang dimaksudkan. Penampilannya satu masa dulu sangat ayu. Bertudung manis dan sentiasa menjaga auratnya dari menjadi bahan tontonan kaum bukan muhrimnya. Namun tahun baru Min berubah dan memilih untuk tidak bertudung serta berpenampilan seksi. Mengapa dan apa yang buat Min berubah. Ikuti pengakuan Min ini. Semoga kisah ini boleh dijadikan teladan dan tidak menjadi ikutan.
‘Saya berasal dari sebuah keluarga yang sangat menitikberatkan soal keagamaan. Sejak usia tujuh tahun lagi saya sudah wajib memakai tudung ketika keluar dari rumah. Masa kecil memang seronok apabila di ajar memakai tudung. Malah rasa bangga memakai tudung. Tetapi apabila usia semakin meningkat dan melihat teman-teman sebaya menggayakan rambut mereka dengan pelbagai fesyen rambut saya jadi seperti teringin mencubanya,’ cerita Min.
Menurut Min lagi, di awalnya dia hanya buka tudung ketika pergi ke kedai yang berhampiran rumah sahaja tetapi perkara tersebut akhirnyajadi kebiasaan apabila Min bertemu dengan Rosyam lelaki yang singgah di hati ketika dia berusia 17 tahun.
“Rosyam adalah teman sekelas saya. Pertama kali dia lihat saya tidak bertudung ketika terserempak saya di kedai. Waktu itu dia memuji saya lebih cantik tanpa tudung. Oleh kerana hanyut dengan pujian tersebut saya jadi lebih teruja untuk tidak memakai tudung dan sehinggalah saya ambil keputusan untuk menanggalkan terus pada awal tahun 2009. Kononnya itu adalah azam baru saya. Ada juga , mulut-mulut yang mengata saya. Orang lain berazam untuk kebaikan tetapi saya berazam kearah yang tidak baik. Namun saya tidak peduli apa orang lain kata kerana apa yang lebih penting saya tidak mahu terus hipokrit,” katanya lagi.
Keluarga sememangnya marah dengan tindakan Min. Malah ayah dan ibunya beberapa kali memberikan kata dua padanya untuk berubah. Namun hati Min sangat keras malah apa sahaja kata ayah dan ibunya sedikit pun tidak di endahkan. Sehinggalah akhirnya Min dihalau keluar dari rumah orang tuanya.
“Saya dihalau bukan semata-mata kerana tudung tetapi banyak faktor yang tua saya terlalu marah dengan saya. Pertamanya kerana mereka dapat tangkap saya bercinta, keduanya kerana keputusan peperiksaan saya sangat mengecewakan dan ketiganya kerana penampilan saya yang makin hari makin seksi kata mereka. Walaupun sedih dihalau tetapi saya rasa sangat bebas. Kalau selama ini hidup saya di kongkong dan di kawal sepenuhnya oleh keluarga tetapi kali ini akhirnya saya dapat juga menentukan apa yang saya mahu untuk hidup saya ini,”ujar anak kedua dari tiga adik beradik ini.
“kini saya sangat selesa dengan imej saya ini. Walaupun ramai yang merasakan apa yang saya lakukan ini sangat memalukan namum bagi saya inilah yang terbaik. Saya tidak mahu terus menerus menipu ibu bapa saya. Di depan belakon baik tetapi dibelakang mereka sebaliknya. Tambahan lagi sekarang saya telah berkerja jadi sudah tiba masanya untuk saya tentukan hidup saya sendiri. Mungkin apabila tiba masanya saya akan kembalipada diri saya yang asal tetapi buat masa ini mungkin inilah yang terbaik untuk saya.
Namun sekarang saya tidak bertudung tetapi saya tidak pernah buat perkara yang melebihi batas.Adab dan pergaulan tetap sentiasa saya jaga. Ibu bapa saya walaupun mereka halau dan marah pada saya tetapi setiap bulan saya tetap kirimkan wang pada mereka dan bila ada masa saya tetap akan pulang walaupun mereka tidak pernah melayan saya dengan baik. Saya reda kerana saya sedar telah mengecewakan mereka. Namun macamsaya katakana tadi saya selesa dengan imej ini dan tidak mahu hipokrit,”akhirinya.
No comments:
Post a Comment