Setiap daripada kita memerlukan cinta. Ada cinta yang membahagiakan dan tidak kurang juga yang membawa derita. Namun sejauh mana kita mencintai seseorangitu dan kemudiannya kita dikecewakan, kita harus berbalik pada Maha Pencipta. Tidak perlulah kita mengorbankan masa depan hanya dengan alasan dikecewakan dalam percintaan. Ikutilah kisah jejaka yang hanya mahu dikenali sebagai Hadi.
“Saya tahu apa yang saya buat ini salah tapi ini sahaja jalan yang saya nampak apabila kekecewaan tidak lagi dapat dibendung,” katanya.
“Saya mengenali Ina sejak sekolah lagi. Daripada hubungan sesame rakan, akhirnya kami menjadi pasangan kekasih. Pada mulanya hubungan kami berjalan lancer dan kami sentiasa bertolak ansur bagi memastikan hubungan yang terjalin akan sentiasa terpelihara keharmoniannya. Hubungan kami bukan sahaja mendapat restu daripada ahli keluarga malahan turut disenangi oleh rakan-rakan. Saya berbangga kerana berjaya memiliki Ina kerana dia bukan sahaja cantik malah seorang yang sangat mengambil berat tentang diri saya. Namun kadang –kala dia juga teramat cemburu dan sedikit mengongkong. Walaubagaimanapun, ini bukan masalah besar untuk saya kerana saya tahu dia melakukan itu semua kerana menyanyangi saya,” katanya.
Stelah bertahun menjalinkan hubungan tiba-tiba cinta yang dibina atas dasar suka sama suka ini seperti dilanda badai apabila Ina berubah. Setiap kali Hadi menghubungi Ina pelbagai alasan diberikan dan kadang-kala Ina juga seperti mengelakkan diri dari Hadi. Perubahan ini semakin jelas apabila Hadi berpindah ke negeri pantai timur untuk menyambung pelajaran dan Ina pula menyambung pelajarannya di sebuah kolej tempatan.
“Saya pernah bertanya kepadanya tentang ape sebenarnya yang terjadi dan dia seperti biasa mengelakkan diri dan yang paling mengecewakan apabila dia mula mencari salah saya. Saya faham mungkin juga dia kesunyian sebab saya selalu sibuk tetapi ini semua untuk kami juga. Saya belajar bersungguh-sungguh supaya satu hari nanti saya mampu memberikan kehidupan yang selesa untuknya,” katanya.
Menurut Hadi lagi, kemuncak ketegangan hubungan mereka apabila Ina meminta hubungan yang telah terjalin selama lima tahun itu diputuskan. Tanpa sebarang isyarat, Ina menghantar SMS meminta supaya tidak lagi mencarinya dan jangan ditanya kenapa perpisahan itu terjadi.
Sejak ketiadaan Ina hidup Hadi mula berubah. Daripada seorang yang sentiasa menjaga akhlak Hadi mula menjadi liar. Sebut saja mana kelab yang tidak pernah dia kunjungi. Semuanya telah dikunjungi hanya kerana mahu melepaskan perasaan sunyi atas pengkhianatan yang dilakukan Ina.
Tidak cukup dengan itu kesunyian dan kesorangan menjadikan Hadi lebih menderita. Dia mula berkawan dengan Shah yang juga merupakan rakan sekelasnya. Tanpa pengetahuan Hadi, Shah adalah seorang GAY dan sudah lama meminati Hadi. Hadi yang pada mulanya agak teperanjat akhirnya menerima Shah dengan hati terbuka.
“Saya sendiri tidak tahu bagaimana hubungan kami bermula. Shah memang baik, sepanjang saya masih bersama Ina, dia sering menjadi tempat untuk saya meluahkan perasaan tetapi tidak sangka pula dia sebenarnya menaruh perasaan terhadap saya. Sejak Shah meluahkan perasaannya, kami semakin rapat. Dialah orangnya yang memperkenalkan kelab-kelab gay kepada saya. Setiap hujung minggu memang di sanalah kami selalu menghabiskan masa bersama-sama,”katanya.
Walaupun menyedari perbuatannya itu telah jauh menyimpang Hadi seakan-akan berat untuk meninggalkan ‘kehidupan’ barunya itu. Keselesaan yang diberikan oleh Syah seakan-akan merantai Hadi untuk pergi jauh meninggalkan tabiat itu.
“Buat masa sekarang, saya masih lagi selesa dengan cara hidup ini. Saya tidak salahkan Ina atas perubahan ini tetapi rasa kecewa terhadapnya masih lagi berbekas dihati. Pengalaman bersama Ina menyebabkan saya sudah tidak mahu lagi memikirkan tentang wanita. Akhirinya.
No comments:
Post a Comment