Sunday, July 15, 2012

MASIH SEPERTI DULU.......(CHAP 2)



Air yang baru separuh masuk ke mulutnya, tersembur keluar. Tersedak-sedak dia bebarapa kali. “Sial kau ni Adam! Tak reti nak bagi salam ke? Main sergah-sergah pulak! Macam nak bagi aku ni mati cepat je!” Adam terbahak-bahak ketawa melihat wajah Lutfi yang berkerut-kerut menahan rasa perit di tekaknya.

“Hang tu yang dok berangan kata aku sergah pulak! Awat? Ingat kat sapa?” Ketawa Adam masih bersisa. “Berangan apa pulak? Tak nampak ke yang aku dok minum kopi ni! Engkau jangan nak buat cerita dongeng pulak!” Kepala Adam ditunjalnya beberapa kali.

Monday, July 9, 2012

BILA CINTA BERLAGU DIHATI (Chap 1)



“Anak itik tokwi mandi dalam kolam, sakit apa tokwi sakit sendi tulang. Ubat apa tokwi, ubat limau lelang…….” Dah! Dia buat dah! Adibah menekup kedua telinganya rapat-rapat. Rasa terbakar gegendang telinganya setiap kali melodi lagu itu menembusi lubang melalui celahan jari jemarinya.

“Oit! Sudahlah! Sakit telinga aku. Macam dah tak ada lagu lain dah ke? Balik-balik lagu anak itik tokwi! Asyik-asyik anak itik tokwi! Nak muntah aku!” Lutfi tersengeh. Makin seronok bila Adibah mula menyinga. Memang itu pun tujuan murninya!

Saturday, July 7, 2012

AKU MENYAYANGIMU


TANGAN lembut putih kemerahan mencapai telefon bimbit lalu mendail nombor yang sudah lama terpahat di minda. Tiada sahutan dari penerima seperti mana yang diharapkan. Gelisah di hati hanya Allah yang tahu. Aku mesti beritahu dia, mesti tanya dia. Sekali lagi nombor itu cuba dihubungi, panggilan itu dijawab setelah lama menanti.

               Suara seorang wanita yang mengarahkannya supaya menanti bertukar kepada suara garau milik insan yang amat dikenali. "Sayang, Sorry, I’m busy right now. I’ll call you later. Promise." Panggilan yang

AIR MATA DI MALAM PERTAMA



             Hatiku bercampur baur antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan. Terlalu sukar untuk kugambarkan perasaan hatiku tatkala ini. Sanak saudara duduk mengelilingiku sambil memerhatikan gerak geri seorang lelaki yang berhadapan dengan bapaku serta tuan imam.

             Hari ini adalah hari yang cukup bermakna bagi diriku. Aku akan diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang tidak pernak kukenali pilihan keluarga. Aku pasrah. Semoga dengan pilihan keluarga ini beserta dengan rahmat Tuhan. Bakal suamiku itu kelihatan tenang mengadap  bapaku, bakal bapa mentuanya.

Lyana's Studio First Giveaway




Saper nak join tekan sini -----> Lyana
Hadiah menarik menanti anda..Tunggu apa lagi?
Jom sama-sama kita meriahkan..
GiveAway yag dibuat tidak lama,tak sampai sepuluh hari..Ayuh sama-sama kita meriahkan..


Member yang aku tag  Cik Yam
                                   Sarah Yasmin

CINTA BUAT HADI BERUBAH



Setiap daripada kita memerlukan cinta. Ada cinta yang membahagiakan dan tidak kurang juga yang  membawa derita. Namun sejauh mana kita mencintai seseorangitu dan kemudiannya kita dikecewakan, kita harus berbalik pada Maha Pencipta. Tidak perlulah kita mengorbankan masa depan hanya dengan alasan dikecewakan dalam percintaan. Ikutilah kisah jejaka yang hanya mahu dikenali sebagai Hadi.

                “Saya tahu apa yang saya buat ini salah tapi ini sahaja jalan yang saya nampak apabila kekecewaan tidak lagi dapat dibendung,” katanya.

MIN SELESA DENGAN IMEJ BARU



Sedangkan pantai lagikan berubah,inikan pula kita manusia biasa. Namun andai perubahan itu ke arah yang positif pastinya di sambut baik. Tetapi apa yang menyedihkan apabila ada yang berubah kearah yang tidak sepatutnya. Min gadis yang berusia 19 tahun ini adalah antara yang dimaksudkan. Penampilannya satu masa dulu sangat ayu. Bertudung manis dan sentiasa menjaga auratnya dari menjadi bahan tontonan kaum bukan muhrimnya. Namun tahun baru Min berubah dan memilih untuk tidak bertudung serta berpenampilan seksi. Mengapa dan apa yang buat Min berubah. Ikuti pengakuan Min ini. Semoga kisah ini boleh dijadikan teladan dan tidak menjadi ikutan.