Tuesday, July 3, 2012

TERIMALAH PASANGAN ITU SEADANYA

Hye semua, hari nih aku nak kongsi satu topik iaitu ‘MENERIMA PASANGAN ITU DENGAN SEADANYA’. Korang mesti penah alami masalah ini kan? Yea, aku pun pernah alami masalah nih dan dah kerap kali aku bergaduh dengan si dia sebub masalah nih. Ops, sekarang nih aku bukan nak cerita masalah aku kat korang semua tetapi apa yang aku terbaca dalam sebuah majalah baru-baru nih. Petikan dari majalah yang aku baca:

“Cintai dirinya seadanya dia, terima hatinya seadanya dia, kasihkan kelemahanya seadanya dia, sayangkan kekuatannya seadanya dia agar dirinya terasa dihargai, mampu menjadi insane yang lebih baik, malah korang inginkan, apa yang korang cuba lakukan, atau apa sebenarnya korang maksudkan?? Bagi aku, kalau kita pernah rasa seperti yang aku sebutkan tadi, mesti pasangan kita pun pernah merasainya jugak.

Bagi aku, masalah tidak akan selesai sekiranya korang tiada usaha untuk cuba memahami perbezaan perangai yang ada kerana proses untuk menerima kelemahan orang lain mengambil sedikit masa. Oleh

itu, korang perlulah melihat kekurangan itu sebagai satu kelebihan agar pasangan kamu pula cuba belajar untuk melakukan perkaran yang sama.

Bercinta ialah soal menerima seadanya pasangan kita dimana korang berdua tidak perlu mengungkit kekurangan pasangan semata-mata untuk memenangis sesebuah pertelingkahan. Hati mana yang tidak sakit sekiranya acap kali pasangan mencari kesalahan sekali gus tidak mengendahkan segala perbuatan baik yang telah korang lakukan selama ini.

Cinta ini memang indah apabila tiada sebarang masalah, namun apabila wujudnya masalah, korang pasti akan terasa sakit apabila pasangan yang kamu cintai tidak belajar untuk sama-sama menyelesaikan masalah. Tiada manusia yang sempurna di dunia ini, namun masih ramai manusia yang tidak mahu cuba untuk berusaha kearah kesempurnaan. So, bagi aku bercintalah dengan penuh sabar agar semua masalah dapat ditangani bersama dengan tenang.

p/s: Kadang kala aku pun melakukan kesilapan yang sama. Tapi aku berusaha untuk jadi yang lebih baik dari hari yang semalam. Harap korang pun begitu.

No comments:

Post a Comment