Tuesday, July 3, 2012

KONFLIK ADIK BERADIK

APAKAH TINDAKAN KITA???

Adik beradik diibaratkan seperti air yang dicincang yang tidak akan putus. Perumpamaan ini jelas menunjukkan bahawa pertalian darah yang ada dalam diri kita itu tidak mungkin hilang walaupun kita menidakkan hak yang sebenar. Meskipun banyak perselisihan paham antara kita dan kakak kita mahupun abang, harungilah dengan sabar. Jangan mudah melatah atau melawan setiap kata-kata yang dilemparkan kapada kita.

JOM LIHAT TINDAKAN APA YANG PERLU KITA LAKUKAN KETIKA MENGHADAPI KONFLIK DENGAN ADIK BERADIK.




1. Cari punca masalah berlakunya perselisihan.

Bergaduh punya bergaduh tapi tak tahu apa punca masalah yang sebenar. Orang disini melenting, orang disana pun melenting. Padahal benda kecil je pun. Why not kita bertenang dulu, dan jangan cepat melatah. Jadi penyelesaiannya ialah kita bertanya kepada abang atau kakak kita apa punca sebenar yang mereka marahkan sangat tue. Hehehe, settle satu masalah.

2. Bawa bertenang, jangan mudah melenting.

Aduhai kalau dah satu pihak yang lagi satu tue tengah hot, why not kamu bertenang saja. Jangan la kita pun melenting jugak. Kalau kedua-dua pihak tak mahu mengalah, macam mana penyelesaian masalah akan berlaku. So, kita jangan sesekali membuat muka atau melawan balik. Kalau boleh tue, cuba cakap elok-elok dengan mereka. Pasti mereka pun akan kembali bertenang.

3. Mohon maaf, sekiranya itu salah kita.

Hurm, tak ada salanya kalau kita meminta maaf jika salah itu memang berpunca dari kita sendiri. Jika betul pergaduhan itu berpunca daripada diri kita sendiri, kita pun jangan la cepat sangat nak melenting tak tentu pasal. Sebagai adik beradik, sepatutnya kita yang paling muda perlulah menghormati abang dan kakak kita. Walaupun kesalahan itu kadang kala perpunca daripada abang dan kakak, tak rugi pun kalau kita meminta maaf daripada mereka. Minta maaf ini merupakan ubat yang paling mujarab kalau berlaku perselisihan paham.

4. Bertolak ansur lebih baik.

Untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan, apa salahnya kita bertolak ansur dengan mereka. Senang bukan?? Alah buat apa nak panjang cerita, dan gaduh lama-lama, tak ada manfaat pun. Pening kepala lagi ada la. So lebih baik mengalah. Harus diingati, kita mengalah bukan bermaksud kita bersalah tapi untuk menyelamatkan keadaan yang kian keruh tue.

5. Jelaskan perkara sebenar secara berhemah.

Apabila keadaan dah tenang, time tue lah kita jelaskan perkara yang sebenar. Kalau kita jelaskan ketika mereka sedang marah, alamatnya memang tak ada yang akan mendengar la penjelasan kita tue. Meskipun kita akan dimarah dengan teruk, jangan pula kita berkecil hati.

No comments:

Post a Comment